Kronologi Keretapi
di Malaysia
1885 - Landasan keretapi pertama
di Tanah Melayu antara
Taiping dan Port
Weld dibuka secara rasmi pada 1 Jun.
1886 - Pembukaan landasan antara
Kuala Lumpur dan
Klang.
1888 - Kemalangan keretapi pertama
di negara ini berlaku
di Sungai Kerawai berhampiran
Teluk Anson,Perak.
1891 - Pembukaan landasan antara
Seremban dan Port Dickson.
1893 - Landasan antara Teluk
Anson dan Tapah Road
dibuka.
1896 - Federated Malay State
Railway
diwujudkan,menggabungkan operasi empat
landasan terawal.
1900 - Pembukaan Victoria Railway
Bridge merentasi Sungai
Perak.
1903 - Landasan antara Tank
Road dan Woodland di Singapura
dibuka untuk perkhidmatan.
1909 - Landasan Pantai Barat
antara Prai di Pulau Pinang
dan Johor Bahru
dibuka.
1910 - Landasan Pantai Timur
antara Gemas dan
Bahau dibuka.
1923 - Keretapi pertama menyeberang
Tambak Johor diantara
Malaysia dan Singapura.
1931 - Landasan Pantai Timur
antara Tumpat dan Gemas
siap dengan pembukaan
sektor terakhir antara
Gua Musang dan Kuala
Gris di Kelantan.
1995 - KTM Komuter yang
menggunakan eletrik,mula beroperasi
antara Kuala Lumpur
dan Rawang.
2011 - Stesen keretapi Tanjong
Pagar dan Bukit Timah
ditutup.Semua operasi keretapi
ke Singapura berpindah ke Woodland
Train Check Point
(WTCP).
No comments:
Post a Comment