Sejarah keretapi Tanah Melayu bermula dari era penjajahan British.Pada masa itu keretapi digunakan untuk mengangkut bijih timah sahaja.Sebelum tahun 1962 Keretapi Tanah Melayu dikenali sebagai Federated Malay States Railways (FMSR) dan Malay Railways Administration (MRA).Di Malaysia keretapi diperlukan untuk mengangkut bijih timah dari pendalaman negeri-negeri pantai Barat ke Pelabuhan.Landasan keretapi pertama dibuka pada 1 Jun 1885 antara Port Weld dan Taiping.
Jumlah rangkaian landasan keretapi di Malaysia adalah 1.667 km.Ada dua landasan utama dan beberapa landasan cawangan.Dari landasan tunggal hingga ke landasan berkembar.Di antara Ipoh dan Gemas.Dari Pelabuhan Klang ke Stesen Batu Caves.Dari mengangkut bijih timah KTM telah berkembang untuk mengangkut semua jenis kargo,bungkusan dan penumpang.
Wednesday 9 October 2013
Kronologi Keretapi di Malaysia
Kronologi Keretapi
di Malaysia
1885 - Landasan keretapi pertama
di Tanah Melayu antara
Taiping dan Port
Weld dibuka secara rasmi pada 1 Jun.
1886 - Pembukaan landasan antara
Kuala Lumpur dan
Klang.
1888 - Kemalangan keretapi pertama
di negara ini berlaku
di Sungai Kerawai berhampiran
Teluk Anson,Perak.
1891 - Pembukaan landasan antara
Seremban dan Port Dickson.
1893 - Landasan antara Teluk
Anson dan Tapah Road
dibuka.
1896 - Federated Malay State
Railway
diwujudkan,menggabungkan operasi empat
landasan terawal.
1900 - Pembukaan Victoria Railway
Bridge merentasi Sungai
Perak.
1903 - Landasan antara Tank
Road dan Woodland di Singapura
dibuka untuk perkhidmatan.
1909 - Landasan Pantai Barat
antara Prai di Pulau Pinang
dan Johor Bahru
dibuka.
1910 - Landasan Pantai Timur
antara Gemas dan
Bahau dibuka.
1923 - Keretapi pertama menyeberang
Tambak Johor diantara
Malaysia dan Singapura.
1931 - Landasan Pantai Timur
antara Tumpat dan Gemas
siap dengan pembukaan
sektor terakhir antara
Gua Musang dan Kuala
Gris di Kelantan.
1995 - KTM Komuter yang
menggunakan eletrik,mula beroperasi
antara Kuala Lumpur
dan Rawang.
2011 - Stesen keretapi Tanjong
Pagar dan Bukit Timah
ditutup.Semua operasi keretapi
ke Singapura berpindah ke Woodland
Train Check Point
(WTCP).
Subscribe to:
Posts (Atom)