Wednesday 9 October 2013

Sejarah KTM

 Sejarah  keretapi  Tanah  Melayu  bermula dari  era penjajahan  British.Pada  masa itu keretapi  digunakan untuk  mengangkut  bijih  timah  sahaja.Sebelum  tahun  1962  Keretapi  Tanah  Melayu  dikenali  sebagai  Federated  Malay  States  Railways  (FMSR)  dan  Malay  Railways  Administration (MRA).Di Malaysia keretapi diperlukan  untuk mengangkut  bijih timah dari pendalaman  negeri-negeri  pantai  Barat ke Pelabuhan.Landasan  keretapi  pertama dibuka  pada 1 Jun 1885 antara  Port  Weld  dan  Taiping.
Jumlah  rangkaian  landasan  keretapi  di Malaysia adalah  1.667  km.Ada  dua  landasan  utama  dan  beberapa landasan  cawangan.Dari landasan tunggal hingga ke landasan  berkembar.Di antara Ipoh dan Gemas.Dari  Pelabuhan  Klang  ke Stesen  Batu  Caves.Dari mengangkut  bijih  timah KTM telah berkembang untuk  mengangkut  semua jenis  kargo,bungkusan dan  penumpang.  

Kronologi Keretapi di Malaysia

Kronologi  Keretapi  di Malaysia

1885 - Landasan  keretapi  pertama  di Tanah  Melayu  antara  Taiping  dan  Port  Weld  dibuka  secara                  rasmi pada  1  Jun.
1886 - Pembukaan  landasan  antara  Kuala  Lumpur  dan  Klang.
1888 - Kemalangan  keretapi  pertama  di negara  ini  berlaku  di Sungai  Kerawai  berhampiran  Teluk                     Anson,Perak.
1891 - Pembukaan  landasan  antara  Seremban  dan  Port Dickson.
1893 - Landasan  antara  Teluk  Anson  dan  Tapah Road  dibuka.
1896 - Federated  Malay  State  Railway  diwujudkan,menggabungkan  operasi  empat  landasan terawal.
1900 - Pembukaan  Victoria  Railway  Bridge  merentasi  Sungai  Perak.
1903 - Landasan  antara  Tank  Road  dan Woodland  di Singapura  dibuka  untuk  perkhidmatan.
1909 - Landasan  Pantai  Barat  antara Prai  di Pulau  Pinang  dan  Johor  Bahru  dibuka.
1910 - Landasan  Pantai  Timur  antara  Gemas  dan  Bahau  dibuka.
1923 - Keretapi  pertama  menyeberang  Tambak  Johor  diantara  Malaysia  dan  Singapura.
1931 - Landasan  Pantai  Timur  antara  Tumpat  dan Gemas  siap  dengan  pembukaan  sektor  terakhir                 antara  Gua  Musang  dan Kuala  Gris di Kelantan.
1995 - KTM  Komuter  yang  menggunakan  eletrik,mula  beroperasi  antara  Kuala  Lumpur  dan Rawang.
2011 - Stesen  keretapi  Tanjong  Pagar  dan Bukit  Timah  ditutup.Semua  operasi  keretapi  ke Singapura              berpindah  ke  Woodland  Train  Check  Point  (WTCP).